Kenapa kami wujud Kenapa Kerja Ini Kenapa Fixers Program The Spark Taja FAQ EN / BM
Seorang juruteknik Fixers memateri paip kuprum dalam gelap, percikan biru obor menerangi wajahnya

Buktikan mereka salah.

Kami tunjukkan caranya.

4 bulan latihan hands-on. Satu trade seumur hidup. Setiap skill disahkan. Built, not born.

Tak mampu? Kita cari jalan.*

Fixers Certified · Kurikulum endorsed oleh TQUK (UK) · Tempat terhad. The Spark yang tentukan. · *Sehingga 30% setiap kohort belajar dengan yuran ditaja penuh.

Dua pintu

Dua pintu. Pilih satu.

Pilih satu, dan seluruh page ini susun ikut you.

Untuk ibu bapa Keputusan anak saya teruk. Dah terlambat ke?Built, not born. Satu exam tak berhak tentukan segalanya. +
Falsafah kami

Kami percaya manusia dibina, bukan dilahirkan.Dan satu keputusan exam tak sepatutnya menentukan seluruh hidup you.

Bila aircond mati dalam ofis yang panas, tiada siapa pandang frame sijil atas dinding. Mereka pandang berapa laju you jumpa masalahnya.

Kenapa kami bina tempat ini+

Jadi kami bina tempat untuk buktikannya.

Pendidikan sepenting ini tak patut dikunci oleh duit. Sebab itu sehingga satu daripada tiga tempat dalam setiap kohort ditaja yurannya sepenuhnya, untuk pelajar keluarga B40, anak yatim, dan anak muda Malaysia yang cuma perlukan satu peluang.

Satu hari nanti, kami harap setiap tempat boleh jadi percuma. Sampai hari itu, inilah perjuangan kami.

Sistem dah terlalu lama menentukan siapa "pandai" dan siapa tidak. Kami dah cukup tengok. Kami di sini untuk buktikan ia salah.

Terbuka untuk semua
Tak ada duit, tak ada kabel, tak ada masalah.
Built, not born
Kami pentingkan semangat, bukan gred.
Respect sebenar
Sebab kerja membaiki ialah kerja yang dunia tak boleh hidup tanpanya.
Untuk semua 10 tahun lagi, kerja ni masih ada ke?Satu kerja yang robot tak boleh ambil. +
Mengapa bidang ini penting

Satu kerjaya yang robot tak mampu ganti.

AI boleh menulis esei. Tetapi AI masih tidak boleh membaiki air-cond.

Kebal AI Tak boleh dipindah ke luar negara Sentiasa diperlukan

Jangan ambil kata kami sahaja. Lee Kuan Yew pernah mengatakan bahawa penyaman udara ialah salah satu ciptaan paling penting dalam sejarah. Pada Jun 2026, orang paling kaya di dunia, Elon Musk, turut mengatakan beliau seorang genius kerana kenyataan itu.

Satu bidang yang dunia akan sentiasa perlukan. Inilah yang kami latih.

Elon Musk di X bersetuju dengan Lee Kuan Yew bahawa penghawa dingin ialah salah satu ciptaan terpenting dalam sejarah, di sebelah carta yang menunjukkan tidur, produktiviti dan pembelajaran menurun apabila suhu dalaman melepasi kira-kira 23 darjah Celsius.
Elon Musk di X, Jun 2026

Tak percaya lagi? Tengok ini.

Negara semakin panas. Lebih banyak bangunan. Tidak cukup tangan terlatih.

900k+
unit penyaman udara terjual di Malaysia dalam setahun, dan angkanya terus meningkat.
JRAIA, 2023
+26%
unjuran pertumbuhan pasaran HVAC Malaysia menjelang 2030 sejajar dengan bangunan yang terus didirikan.
Mordor Intelligence, 2025
620,000
pekerjaan di Malaysia berisiko tinggi digantikan automasi. Baiki aircond bukan salah satunya.
Kajian kebangsaan TalentCorp, Kementerian Sumber Manusia, 2025
Untuk ibu bapa TVET ni bukan untuk budak yang tak pandai ke?Empat kebenaran, dan tiada satu pun salah anda. +
Masalahnya

Empat kebenaran tentang pendidikan kemahiran di Malaysia.

Tiada satu pun salah pelajar.

01 / Harga

Harga

+

Bukan semua keluarga mampu bayar RM40,000 hingga RM50,000 dan empat tahun di universiti. Ada yang perlukan jalan yang mula menjana lebih awal.

02 / Stigma

Stigma

+

Orang kata TVET untuk pelajar yang tak pandai. Lepas tu mereka panggil juruteknik bila aircond rosak.

03 / Kelajuan

Kelajuan

+

Sijil ambil masa dua tahun, dan silibusnya dah lapuk sebelum you habis. Industri bergerak lebih laju daripada bilik darjah.

04 / Jurang Skill

Jurang Skill

+

Malaysia cukup graduan. Yang kita kekurangan... orang yang betul-betul boleh baiki barang.

Untuk pelajar Saya nak duit. Sekarang.Belajar bukan untuk saya. Duit, baru betul. +

You daftar app e-hailing. You bawa. Duit masuk minggu tu jugak. Best.

Sepuluh tahun kemudian: masih RM50 untuk 40km. App yang tetapkan harga, bukan you. Itulah plateau.

Dan semua orang di Malaysia boleh memandu. You bersaing dengan seluruh negara.

Aircond? Mesin di mana-mana. Tangan mahir, sikit. Kurang saingan. Harga lebih tinggi. Setiap skill menaikkannya.

HARI INI 10 TAHUN APP · TERSANGKUT RM50 · PLATEAU JURUTEKNIK AIRCOND · SETIAP SKILL = NAIK GAJI

Empat bulan. Lepas itu rakyat Malaysia panggil you bila aircond rosak. Tengok The Climb →

Untuk pelajar Kenapa Fixers dan bukan kolej hujung jalan?Kiraannya dulu, lepas itu empat sebab kami tak sama. +
Apa yang buat kami lain

Tengok sendiri.

Yang lain
Fixers
Dua tahun dalam kelas
4 bulan intensif
Teori, exam, dan menunggu
Hands-on dan dipimpin mentor
Skill yang mungkin dah lapuk
Dipacu teknologi, kalis masa depan
Sekeping kertas dan salaman
Skill Passport, setiap skill disahkan
"Percuma", tapi you bayar dengan 18 bulan gaji
Bergaji menjelang bulan ke-5 atau ke-6

Jalan percuma pun bukan percuma. Laluan lambat itu makan setahun setengah gaji yang you tak pernah dapat. Kami: RM6,000 RM4,800 untuk Batch 1 hingga 3, dan setahun itu you dapat balik.

Nak lebih daripada angka? Ini 4 lagi.

Belajar Praktikal

You bukan tengok orang baiki. You yang baiki, mentor di sebelah, sistem di tangan.

Sekolah Kemahiran Tech-First

Kami bina app pembelajaran sendiri. Setiap pelajaran satu quest, setiap skill yang you buktikan naikkan level you, dan you sentiasa tahu apa langkah seterusnya.

Rakan Pengambilan

Yang terbaik masuk interview dengan orang yang mengambil pekerja.

Setiap tempat dimenangi dengan cara yang sama, dalam The Spark. Untuk keluarga B40 dan anak yatim, sehingga 30% setiap kohort, yuran ditaja penuh setelah tempat itu dimenangi. Tak perlu gred, tak perlu kabel, cuma kemahuan untuk hadir.

Terbuka sama rata untuk lelaki dan perempuan.

Letakkan skill di tangan seorang anak perempuan dan you tulis semula kisah sebuah keluarga dalam satu generasi.

Kerja ini tak pernah dicipta untuk separuh daripada kita sahaja.

Untuk pelajar Empat bulan tu sebenarnya macam mana?Fasa demi fasa, hari kosong hingga sedia kerja. +
Program Teknologi HVAC-R & Servis Lapangan

Empat bulan. Tak ada benda kosong.

Tak ada subjek pengisi. Tak ada semester menunggu. Setiap minggu wujud untuk satu sebab: buat you layak diambil bekerja.

Seorang jurulatih Fixers membimbing pelatih muda memateri paip kuprum dengan obor di dalam bengkel
Hari kosong · 3 hingga 5 hari

The Spark

Pintu masuk. Terbuka untuk semua, ditaja atau berbayar. Beberapa hari untuk tunjuk macam mana you hadir, sebelum kami tawarkan tempat. Duit tak boleh beli jalan masuk.

Fasa 1 · 21 hari

The Forge

Fasa pertama you selepas masuk. Hands-on, intensif, tak ada yang pimpin tangan. Di sinilah kerja sebenar bermula.

Bulan 2 hingga 3

The Build

Satu skill pada satu masa, tangan atas mesin sampai you dapat. Pasang, servis, diagnos, baiki. App jejak setiap langkah supaya tiada yang tertinggal, dan setiap skill yang you buktikan masuk Skill Passport you, disahkan.

Bulan 4

The Gauntlet

Unit rosak, kerosakan tersembunyi, tak ada skrip. Exam akhir you ialah mesin yang menipu you, dan you keluar bila tangan you boleh hadap apa saja dunia sebenar baling.

The Exit

Graduasi

Fixers Certified HVAC-R Technician, atas kurikulum endorsed TQUK. Skill Passport yang disahkan. Dan yang terbaik masuk interview dengan hiring partners kami. Bergaji menjelang bulan ke-5 atau ke-6.

Selepas graduasi Akan datang

Specialist Tracks

Pergi lebih dalam: sistem komersial, chiller dan peralatan pakar. Trade baru terbuka bila you mendaki: pemanas air, mesin basuh, elektrik, paip. Satu juruteknik, banyak trade.

Untuk semua Saya keluar nanti dapat apa sebenarnya?Satu trade, satu passport, dan banyak lagi. +
Apa yang you bawa keluar

Skill bukan sekadar skill.

01Akhirnya mak you boleh rehat. Keluarga sekarang you yang jaga.
02Kereta pertama dengan nama you sendiri atas loan.
03Tak ada lagi hutang. Tak payah lagi minta sana sini setiap kali keluarga perlukan sesuatu.
04You putuskan kitaran itu. Seluruh keluarga you naik bersama you.

Trade Di Tangan You

+
  • Penyaman Udara dan Penyejukan
  • Diagnosis Kerosakan
  • Penyelenggaraan Pencegahan
  • Sistem Komersial*
  • Pengendalian Refrigeran
  • Asas Elektrik

Cara You Bawa Diri

+
  • Komunikasi Pelanggan
  • Dokumentasi Kerja
  • Standard Keselamatan
  • Pengurusan Masa
  • Laporan Teknikal
  • Maruah Kerja

Ke Mana Ia Bawa You

+
  • Skill Passport Disahkan
  • Interview Hiring Partner*
  • Rangkaian Majikan
  • Akses Specialist Track
  • Rangkaian Rakan Mentor
  • Fixers Certified, endorsed TQUK

* Yang terbaik setiap kohort.

* Specialist Tracks terbuka selepas you graduate.

Perjalanan

Graduate tu tempat you mula.

Bukan tempat you berhenti.

You bukan bayar untuk kursus. You bayar untuk ke mana ia bawa you. Masuk terpilih, empat bulan transform, setiap skill disahkan, terus masuk interview dengan orang yang hire. Trajectory tu lah produknya.

Separuh trade school, separuh tech company. Kami bina app latihan sendiri dan Skill Passport sendiri. Masa depan you layak dapat lebih daripada whiteboard dan fail kertas.

Seorang juruteknik Fixers yang baru bersijil memegang sijil mereka

↑ TEKAN UNTUK TUKAR VIEW

01

Graduan

RM2,000 to 2,200 sebulan

Anda tamat Fixers Certified, dengan Skill Passport yang disahkan.

Gaji pertama yang benar-benar milik sendiri.

02

Juruteknik Bersijil

RM2,800 to 3,500 sebulan

Anda raih pendapatan sebenar, bina nama, dan akhirnya hutang berhenti.

Mula membantu keluarga, bukan lagi meminta duit daripada mereka.

03

Juruteknik Kanan

RM3,500 to 4,500 sebulan

Anda pimpin kerja. Yang junior belajar daripada anda. Gaji anda meningkat.

Orang mula percaya dan menyerahkan kerja yang lebih besar kepada anda.

04

Pakar

RM4,500 to 5,500 sebulan

Anda buka trek lanjutan seperti penyejuk dan sistem komersial.

Nama anda mula dicari apabila kerja yang sukar perlu diselesaikan.

05

Juruteknik Mahir

RM5,500 to 7,000 sebulan

Anda orang yang mereka panggil bila tiada siapa lagi mampu membaikinya.

Orang muda melihat anda dan mula percaya mereka juga boleh berjaya.

06

Bos Anda Sendiri

Tiada had.

Atau melangkah lebih jauh. Mulakan syarikat sendiri, ambil pasukan sendiri, dan berikan orang lain peluang sama yang mengubah hidup anda.

Bina sesuatu yang ada nama sendiri di atasnya.

Ini ialah julat sebenar, bukan jaminan. Terus belajar, jaga pelanggan, dan nama yang baik akan membawa anda lebih jauh.

Duit macam ni boleh dapat bawa e-hailing hari ini. Tapi bayaran app flat je. Trade naik.

Dan perjalanan itu tidak pernah berhenti.

Di suatu sudut di Malaysia sekarang, seorang anak muda berusia 19 tahun diberitahu dia bukan bahan universiti.

"Tak pandai.""SPM tak bagus.""Masuk TVET je.""Bukan budak uni."

Untuk anak muda yang diberitahu universiti satu-satunya jalan.

Untuk ibu bapa yang hanya mahukan masa depan buat anaknya.

Untuk juruteknik yang terlalu lama dipandang sepi.

Kami nampak you.

Dan ini untuk you.

Satu lagi sebab kami extra special.

Tiada siapa boleh sahkan tahap skill you. Kami boleh.

The Skill Passport

Kami tak boleh pilih bos you. Tapi kami boleh pastikan skill you bercakap untuk dirinya sendiri.

Setiap skill yang you buktikan direkodkan. Setiap kompetensi, disahkan.

Anggap ia macam Insta, tapi untuk tangan you: setiap skill yang you buktikan ialah post yang tak boleh fake. Atau macam rank: rank tak boleh beli, kena climb, dan semua orang nampak level you.

Dan untuk ibu bapa you: resume yang tak boleh tipu. Majikan baru, bandar baru, bisnes sendiri nanti, bukti you ikut ke mana you pergi.

Built, not born.

* Tak berhenti lepas graduate. Lagi banyak you unlock di Fixers, lagi penuh passport you. Satu juruteknik, banyak trade.

Skill Passport
Hari 1
Pangkat · LVL 0
Rekrut
XP0%
Refrigeration FundamentalsBerkunci
Electrical BasicsBerkunci
Fault DiagnosisBerkunci
Brazing & PipeworkBerkunci
Preventive MaintenanceBerkunci
Refrigerant HandlingBerkunci
System CommissioningBerkunci
Customer HandoverBerkunci
Specialist: Commercial ChillersBerkunci
Skill dibuktikan: 0 / 9
Satu-satunya jalan masuk

Jadi you nak masuk tribe ni?

Kursus percuma latih sesiapa je. Kami latih yang terpilih. Ada satu pintu, tak ada kabel, tak ada jalan pintas. Tempat dikira. The Spark yang tentukan.

The Spark
Hari sifar · 3 hingga 5 hari

Anda tak boleh beli laluan masuk.

Berbayar atau ditaja, semua bermula sama. Tiga hingga lima hari menentukan sama ada you dapat tempat. Bukan apa yang you tahu. Macam mana you show up. Tak ada kabel. Tak ada jalan pintas. Satu benda sahaja dikira: sekuat mana you sanggup bekerja.

Kami boleh ajar anda kemahiran ini. Yang ini kami tak mampu ajar.

Pengalaman, kami tak ambil kisah. Sikap, kami pandang amat serius. Inilah yang The Spark sebenarnya perhatikan.

  • Anda hadir. Tepat pada masa, setiap kali.
  • Anda kotakan kata. Jika anda janji, anda tunaikan.
  • Anda tak berhenti bila keadaan jadi sukar.
  • Anda lebih rela jadi lebih baik daripada nampak hebat.
  • Anda akui kesilapan anda dan betulkannya.
  • Anda hormati kerja, alatan, dan orang yang melakukannya.
Seorang pelatih kemahiran yang bertekad di dalam bengkel
The Forge · Fasa 1
0 hari
untuk tahu you diperbuat daripada apa.

Masuk dengan sifar pengalaman. Di penghujungnya tangan you dah pegang mesin sebenar, dah langgar tembok, dah tembus, dan dah buktikan pada diri sendiri yang you layak. Kebanyakan orang terkejut dengan diri sendiri.

Janji Kami

Kami baru bermula.

Kami belum mempunyai ribuan graduan. Kami juga belum mempunyai sejarah berpuluh tahun.

Apa yang kami ada ialah kepercayaan yang sangat mendalam bahawa bakat ada di mana-mana, dan peluang tidak.

Kami akan berkongsi hasil kami. Kami juga akan berkongsi kegagalan kami.

Dan kami akan terus membina, sehingga setiap anak muda Malaysia yang sanggup berusaha mempunyai satu tempat untuk bermula.

Soalan

Ada soalan? Kami jawab terus.

Fixers untuk orang yang sanggup bekerja. Bukan yang paling kaya. Bukan yang paling pandai. Bukan yang paling banyak kabel. Cuma yang bersedia membina sesuatu yang lebih baik untuk diri dan orang tersayang.

Tak perlu. The Forge direka untuk yang bermula dari kosong. Kalau you sanggup hadir dan kerja kuat, you layak mencuba.

You tak perlu jadi pelajar terbaik dalam kelas. Tak perlu gred cemerlang. You perlukan disiplin, sifat ingin tahu, dan kesanggupan bekerja. Kami pentingkan semangat, bukan gred.

Tak. Ini untuk sesiapa yang nak bina skill sebenar dan kerjaya sebenar. Ada yang pilih universiti. Ada yang pilih trade. Tiada jalan yang lebih baik. Cuma berbeza.

RM6,000 RM4,800 untuk Batch 1 hingga 3. Harga perintis. Bila batch perintis habis, harga ini pun habis.

Deposit dan tiga ansuran bulanan. 0% faedah.

Kenapa lebih murah daripada kolej swasta? Tak ada kampus, tak ada subjek pengisi, tak ada tentera pentadbir. Duit you membeli mentor, mesin, tembaga dan refrigeran. Tak ada benda lain.

Alat dan uniform berasingan, milik you untuk disimpan. Masih tak mampu? Sehingga 30% setiap kohort belajar dengan tajaan penuh.

Percuma itu betul. Tapi tengok jam.

You dan kawan you mula hari ini. Dia: jalan percuma, 2 tahun. You: 4 bulan, RM6,000.

Bulan 5: you dah bekerja. RM1,700 hingga RM2,200 sebulan. Dia? Masih dalam kelas. Masih RM0.

Bila dia graduate, you dah simpan setahun gaji. RM20,000 atau lebih. Kos kursus dah lama cover, berkali-kali ganda.

Jadi yang mana satu sebenarnya percuma? "Percuma" bukan percuma.

Kalau duit sahaja penghalang you, mohon juga. Kami akan buat segala yang termampu untuk bantu. Bakat tak patut dibazirkan sebab duit.

Tempat tajaan diutamakan untuk keluarga B40 dan anak yatim yang didokumenkan. Tak perlu malu bertanya. Memang untuk itulah ia wujud.

Bukan B40, tapi betul-betul tak mampu? Mohon juga dan beritahu kami. Ansuran lebih panjang, batch kemudian sementara you menyimpan, sokongan separa. Kami urus kes demi kes.

Satu peraturan tak pernah berubah: semua orang menangi tempat dalam The Spark dulu. Duit tentukan cara you bayar, bukan sama ada you layak masuk.

Boleh. Spark sama, latihan sama, tempat sama.

Kerja ini pasal skill, bukan otot. Perempuan baiki aircond sama hebat macam sesiapa pun.

Letakkan skill di tangan seorang anak perempuan dan seluruh keluarga naik.

Keselamatan ialah benda pertama kami ajar, bukan benda tambahan. Amalan elektrik, pengendalian refrigeran, dan protokol tapak dilatih dari hari pertama, di bawah seliaan, ikut standard industri sebenar. Tiada siapa sentuh sistem hidup tanpa persediaan. Kami latih profesional, bukan koboi.

Dua benda berbeza. The Spark ialah pintu sebenar. Ia pasal attitude, bukan skill. Bukan masa you? Datang balik. Bila dah masuk, gagal satu modul bukan penamat. You ulang, dapat sokongan, dan terus bergerak. Satu-satunya benda kami tak terima ialah berputus asa.

Dua jawapan jujur.

Antarabangsa: latihan you berjalan atas kurikulum yang di-endorse oleh TQUK, badan anugerah UK yang diiktiraf Ofqual, regulator UK.

Tempatan: bukan MQA, bukan JPK. Apa yang you belajar merangkumi sebahagian besar skop standard kemahiran kebangsaan (NOSS) untuk trade ini, dan kalau you mahu kertas kerajaan kemudian nanti, Skill Passport you menjadi fail bukti untuk SKM melalui laluan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu JPK. Kami akan bantu you failkan.

Tapi pengiktirafan yang paling penting ialah orang yang mengambil you bekerja. Itulah Skill Passport: setiap skill dibuktikan, atas mesin sebenar, boleh disemak dalam beberapa minit. Matlamat kami: jadikan ia bukti yang majikan minta dengan namanya.

Training Qualifications UK, badan anugerah UK yang diiktiraf Ofqual, regulator UK, dan sebahagian daripada kumpulan AQA, salah satu lembaga peperiksaan terbesar Britain. Mereka telah menyemak dan endorse kurikulum kami mengikut standard UK.

Semua sekolah kemahiran lain di Malaysia biru, kelabu, industri. Kami pilih pink dengan sengaja. Saat you nampaknya, you tahu ini bukan apa yang orang suruh you jangka.

Rekod disahkan bagi setiap skill yang you buktikan. Bukan apa yang you belajar, tapi apa yang you betul-betul buat. Anggap ia macam Insta untuk tangan you: setiap entri ialah post yang tak boleh dipalsukan. Ia ikut you seumur hidup, dan trade baru terus terbuka bila you mendaki.

Kami tak jual kerja. Kami jadikan you layak diambil bekerja. Yang terbaik masuk interview dengan hiring partners kami.

Setiap graduan keluar dengan bukti: pensijilan Fixers you dan Skill Passport yang disahkan.

Gaji permulaan sekitar RM1,700 hingga RM2,200 sebulan. Kos program ni balik dalam tiga bulan pertama you kerja. Dan pendakian diteruskan. Tengok The Climb →

Jadi hiring partner. Anda dapat lihat dahulu setiap kohort yang bergraduat: juruteknik dilatih hands-on, atas mesin sebenar, dengan setiap skill disahkan pada Skill Passport yang anda boleh semak sendiri. Hubungi kami dan kami terangkan caranya.

Jadi duta. Kongsi kisah kami. Taja satu tempat. Rujuk seseorang yang perlukannya. Perjuangan ini tak perlukan gelaran. Cuma orang yang percaya bakat layak diberi peluang.